Saturday, 20 April 2013

PRU13 Jangan Mudah Terpedaya Dengan Janji Pakatan Rakyat

0 comments


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini turut bersama Datuk Seri Mohamad Hassan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Batu, Kota, Rembau.
Tiada istilah erti penat, kedua- dua pemimpin terus berkempen secara berhemah bagi menerangkan aku janji BN secara terperinci kepada rakyat.

Kehadiran yang amat memberangsangkan membuktikan sokongan dari penduduk kampung Batu kepada wakil calon BN bagi memastikan kemenangan kepada BN.



Didalam ucapan Khairy, beliau meminta supaya rakyat jangan mudah terperdaya dengan manifesto pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji manis. Antaranya ialah janji wifi percuma, ini kerana pembangkang tidak mengambil kira mekanisma untuk melaksanakannya, berbeza dengan BN yang akan membantu golongan susah untuk menerima komputer riba seperti yang terkandung didalam ‘AkuJanji” BN.
Read more ►

PRU13 - Muka Buku Khairy Jamaluddin

0 comments


(Petikan dari facebook Khairy Jamaluddin)

Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan dengan lancar di Rembau. Ramai penyokong BN yang mengiringi calon-calon BN ke Dewan Seri Rembau.



Untuk P 131 Parlimen Rembau, saya akan bertanding lawan Tuan Haji Radzali Ghani dari PKR dan Abdul Aziz Hassan, seorang calon bebas.

Saya telah mengucapkan selamat bertanding kepada mereka dan juga memberi komitmen saya untuk mengendalikan kempen secara sihat dan berhemah.



Rupa-rupanya Tuan Haji Radzali, calon PKR, ada hubungan keluarga dengan saya melalui isteri beliau! Kira pertandingan adik-beradik la ni.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir pagi tadi.

Rembau most wanted, yaww!

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Calon Barisan Nasional
P131 Rembau

Read more ►

PRU13 Khairy Singgah Di Majlis Perkahwinan Anak En Kamil

0 comments

Tanpa membuang masa selepas selesai proses penamaan calon, Khairy Jamaluddin calon Parlimen Rembau dan Datuk Zaifulbahri Idris Calon DUN Chembong menghadiri majlis perkhawinan anak En Kamil di Taman Chembong Utama.

Keprihatinan ini membuktikan kepemimpinan pemimpin UMNO/BN berwibawa malah bukan sekadar untuk parti tetapi juga untuk rakyat mahupun masyarakat.


Khairy dan Datuk Zaifulbahri bergambar kenangan bersama kedua ibu bapa pegantin...
Read more ►

PRU13 Senarai Calon Bertanding Di Parlimen Rembau

0 comments


Proses pencalonan berjalan lancar. Semua borang pencalonan calon BN Parlimen dan DUN Rembau diterima.


Kerusi Parlimen Rembau menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini apabila penyandang dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin bertanding dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Radzali A. Ghani dan seorang calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Sementara itu, di DUN Rantau menyaksikan saingan satu lawan satu apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditentang calon PKR, Aisah Lamsah.

Manakala di DUN Paroi, calon pas yang juga Pesurujaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani ditentang calon BN, Mohd. Ghazali Wahid.

Di DUN Chembong, calon BN, Datuk Zaifulbahri Idris yang menyandang kerusi itu akan dilawan calon Pas, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Bagi DUN Kota, penyandang dari BN, Datuk Dr. Awaluddin Said akan ditentang calon Pas, Ghazali Mohd Shom. Semua nama ini diumumkan pengurus pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Mohamad Rawi Baharom.
Read more ►

PRU13 Saingan Tiga Penjuru Di Parlimen Rembau

0 comments


Saingan tiga penjuru berlaku di Parlimen Rembau, P131 Rembau Calon Barisan Nasional BN - Khairy Jamaluddin, Pas - Radzali A Ghani, Bebas - Abdul Aziz Hassan.

Nampak PRU13 kali ini meriah dengan adanya tiga calon bertanding... walau bagaimanapun di hari penamaan calon lebih memihak kepada penyokong BN, berdasarkan kehadiran penyokong parti masing-masing.

                                       Khairy bersaman dengan calon PKR Radzali A Ghani


Read more ►

PRU13 Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon

0 comments
















Read more ►

PRU13 Penyokong BN Dijemput Memberi Sokongan Di Hari Penamaan Calon

0 comments

Penyokong BN di jemput hadir beramai-ramai esok ke hari penamaan calon PRU 13!

Laman blog ini akan membuat liputan live dari Dewan Merdeka Rembau. ::::Pengumuman nama nama calon Barisan Nasional Negeri Sembilan :::

Proses penamaan calon untuk Parlimen Rembau, DUN Rantau, Kota, Chembong dan Paroi bagi BN akan bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau pada jam 8am, 20hb April. Calon-calon akan bergerak ke Dewan Seri Rembau pada jam 8.50am untuk berdaftar dengan SPR. Semua dijemput hadir!

Alamat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau:
PT 565 Jalan Seremban-Tampin
(Berhampiran Restoran Rembau Ria)
71300 Rembau
Tel: 06 685 8001
Read more ►
 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger