Wednesday 1 May 2013

PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 1 - 10




Rumah Puan Halimah Hamid di Kg Chengkau Lada, Rembau telah terbakar pada bulan Julai 2012. Khairy Jamaluddin, melalui peruntukan Parlimen Rembau telah membina sebuah rumah baru untuk beliau. http://www.youtube.com/watch?v=e1gTdO4Zy_o&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Banjir teruk di Ulu Rantau telah mengakibatkan jambatan kampung runtuh. Atas usaha Khairy Jamaluddin pembinaan jambatan baru telah dipercepatkan. http://www.youtube.com/watch?v=XN85r0ifMKM&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Penduduk Taman KSNS akan mendapat tangki air setelah Khairy Jamaluddin berjaya mendapatkan kelulusan di peringkat Kerajaan Pusat bagi projek tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=PWLbhJI1c9A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan jentera yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin dapat meringankan beban kerja Khaidir untuk menguruskan ladang beliau yang seluas 18 ekar. http://www.youtube.com/watch?v=K-kp_f5cAUU&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Melalui bantuan dari Khairy Jamaluddin, SJK (C) Sin Ming telah menaiktaraf kantin sekolah yang dapat memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=qmr9565844A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Hanasir yang dalam keadaan susah telah berusaha untuk mendapat bantuan pembedahan jantung isterinya (Faridah) akhirnya terbela apabila Khairy Jamaluddin membantu beliau memudahkan segala urusan pembedahan jantung isterinya. Alhamdullilah setelah menjalani pembedahan jantung kini Faridah (isteri) telah pun sihat. http://www.youtube.com/watch?v=4x7_s4h1560&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Hisyam Yasin, penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui peruntukan Parlimen Rembau, melahirkan rasa syukur kerana kini beliau dapat memulakan kehidupan barunya bersama keluarga dengan lebih sempurna. http://www.youtube.com/watch?v=Akwue3c01QA&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan pemasangan lampu dan menambah beberapa peralatan futsal sumbangan dari Khairy Jamaluddin, membolehkan anak-anak muda di Kg Sendayan menjalankan aktiviti sukan di waktu malam. http://www.youtube.com/watch?v=zahT6G8HH54&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Kg Pabai Miku telah menerima dua buah jambatan dan anak benih pokok getah sumbangan dari Khairy Jamaluddin. Ianya sedikit sebanyak telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di kampung tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=44ZBxLs98zQ&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Tanah Puan Zaiton Ibrahim dan 27 penduduk yang kain di Kota pada mulanya ingin diambil oleh KTMB untuk projek Landasan Keretapi Berkembar. Hasil usaha Khairy Jamaluddin, KTMB bersetuju mengubah suai laluan tersebut dan rumah mereka selamat. http://www.youtube.com/watch?v=w340iASE_ds&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger