Wednesday, 1 May 2013

PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 1 - 10

0 comments



Rumah Puan Halimah Hamid di Kg Chengkau Lada, Rembau telah terbakar pada bulan Julai 2012. Khairy Jamaluddin, melalui peruntukan Parlimen Rembau telah membina sebuah rumah baru untuk beliau. http://www.youtube.com/watch?v=e1gTdO4Zy_o&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Banjir teruk di Ulu Rantau telah mengakibatkan jambatan kampung runtuh. Atas usaha Khairy Jamaluddin pembinaan jambatan baru telah dipercepatkan. http://www.youtube.com/watch?v=XN85r0ifMKM&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Penduduk Taman KSNS akan mendapat tangki air setelah Khairy Jamaluddin berjaya mendapatkan kelulusan di peringkat Kerajaan Pusat bagi projek tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=PWLbhJI1c9A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan jentera yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin dapat meringankan beban kerja Khaidir untuk menguruskan ladang beliau yang seluas 18 ekar. http://www.youtube.com/watch?v=K-kp_f5cAUU&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Melalui bantuan dari Khairy Jamaluddin, SJK (C) Sin Ming telah menaiktaraf kantin sekolah yang dapat memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=qmr9565844A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Hanasir yang dalam keadaan susah telah berusaha untuk mendapat bantuan pembedahan jantung isterinya (Faridah) akhirnya terbela apabila Khairy Jamaluddin membantu beliau memudahkan segala urusan pembedahan jantung isterinya. Alhamdullilah setelah menjalani pembedahan jantung kini Faridah (isteri) telah pun sihat. http://www.youtube.com/watch?v=4x7_s4h1560&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Hisyam Yasin, penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melalui peruntukan Parlimen Rembau, melahirkan rasa syukur kerana kini beliau dapat memulakan kehidupan barunya bersama keluarga dengan lebih sempurna. http://www.youtube.com/watch?v=Akwue3c01QA&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Dengan bantuan pemasangan lampu dan menambah beberapa peralatan futsal sumbangan dari Khairy Jamaluddin, membolehkan anak-anak muda di Kg Sendayan menjalankan aktiviti sukan di waktu malam. http://www.youtube.com/watch?v=zahT6G8HH54&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Kg Pabai Miku telah menerima dua buah jambatan dan anak benih pokok getah sumbangan dari Khairy Jamaluddin. Ianya sedikit sebanyak telah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di kampung tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=44ZBxLs98zQ&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Tanah Puan Zaiton Ibrahim dan 27 penduduk yang kain di Kota pada mulanya ingin diambil oleh KTMB untuk projek Landasan Keretapi Berkembar. Hasil usaha Khairy Jamaluddin, KTMB bersetuju mengubah suai laluan tersebut dan rumah mereka selamat. http://www.youtube.com/watch?v=w340iASE_ds&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ
Read more ►

Sunday, 28 April 2013

#PRU13 Perjalanan Kempen BN Negeri Sembilan Amat Positif

0 comments

REMBAU - Penerimaan pengundi dan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di negeri ini selepas melepasi separuh daripada tempoh 15 hari berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat positif dan baik.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, maklum balas positif itu diterima dalam program kempen yang dibuat calon BN, jentera parti serta pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan masing-masing sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu.

''Saya gembira melihat keadaan yang positif ini dan sambutan rakyat terhadap BN begitu tinggi. Kita telah menyusun semua aktiviti kempen dan ia telah dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya selepas menutup Konvensyen Combi peringkat negeri di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris.

Kata Mohamad, suasana penolakan calon pada hari pengumuman tempoh hari juga telah diselesaikan dengan baik, malah mereka telah kembali bersama-sama membantu kempen calon BN atas dasar mengutamakan parti dan memastikan kemenangan BN pada PRU-13 ini.

Mengenai isu yang dibawa pembangkang, Mohamad berkata, kempen mereka tidak mendapat perhatian pengundi kerana isu yang dibawa sudah lapuk, malah semuanya telah dijawab oleh kerajaan BN sebelum ini.

''Pengundi sudah muak dan bosan dengan isu yang dibawa. Di negeri ini tiada isu besar kerana apa yang dibangkitkan sudah pun diselesaikan," kata Mohamad.

Menjawab soalan berkaitan ideologi pembangkang, Mohamad berkata, jelas tiada kesepakatan dan keberanian dalam ketiga-tiga parti tersebut.

''Mereka bercelaru dan tidak pernah bersatu. Untuk bertanding pun, mereka tidak berani menggunakan satu logo. Kalau betul berani, cubalah letakkan semua logo Pas di Kuala Lumpur atau semua logo DAP di Kelantan," katanya.

Berkaitan slogan pembangkang 'Ubah', Mohamad berkata, jangan diikutkan desakan pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mahu diubah dan adalah lebih baik, menyokong BN yang jelas telah membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara ini.
Read more ►

Saturday, 27 April 2013

PRU13 Muhyiddin Solat Jumaat Bersama 3,000 Jemaah Di Seremban

1 comments

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Taman Tuanku Ja'afar dekat sini.

Turut bersama Muhyiddin ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid.



Solat Jumaat itu dipimpinkan Imam Masjid Tuanku Ja'afar Madah Ilong sementara khutbah Jumaat disampaikan oleh anggota Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Datuk Sheikh Mohamad Fuad Kamaludin Al-Maliki.

Selesai menunaikan solat, Muhyiddin bersama pemimpin lain menyertai kariah masjid dan jemaah untuk jamuan makan tengah hari yang diadakan di perkarangan masjid itu.

Semasa berucap pada majlis jamuan itu, timbalan perdana menteri berkata rakyat Malaysia perlu sentiasa bersyukur kerana situasi negara yang kekal aman dan perpaduan masyarakat yang semakin erat.

Katanya kerajaan BN hari ini diketuai pimpinan yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang disegani dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Ini terbukti dalam tempoh empat tahun di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pelbagai program transformasi diperkenalkan berkaitan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang telah memberi perubahan besar terhadap negara, kata Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional.

"Dalam waktu di mana kita berhadapan dengan pilihan raya yang menentukan nasib masa depan negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang, marilah kita berganding bahu bersama-sama mendukung cita-cita kita bersama menerusi pimpinan yang sedia ada.

"Ia bukan sahaja untuk terus memajukan dan membina umat Islam supaya lebih berjaya tetapi mempertahan akidah, mempertahan segala apa yang telah pun kita bina bersama-sama," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata sokongan dan dukungan rakyat itu juga amat perlu dalam mengukuhkan kedudukan Islam supaya tidak ada pihak yang boleh mencabar dan membawa idealogi, budaya atau pemikiran yang bertentangan dengan akidah.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja separuh hari di negeri ini berlepas pulang ke ibu negara sejurus selepas majlis itu.
Read more ►

Friday, 26 April 2013

PRU13 - Pelancaran Manifesto Sisipan BN Negeri Sembilan oleh YAB TPM di Dewan Orang Ramai Kg. Sendayan, DUN Rantau, Rembau

0 comments
SEREMBAN 26 April - Pertembungan ideologi pembangkang kini berada pada tahap serius dan amat berbahaya jika dibenarkan mentadbir negara kelak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu adalah realiti yang wajar dimaklumkan kepada rakyat supaya jangan tersilap mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

''Mungkin pembangkang akan pertahankan dan kata mereka amat sepakat. Itu kata mereka dan sebenarnya pertembungan ideologi sesama mereka begitu serius, malah banyak saranan satu pihak yang tidak didukung oleh pihak lain.

''Saya lihat itu adalah bahaya. Bukan kenyataan saya ini untuk menakut-nakutkan pengundi kerana itu adalah realiti yang boleh berlaku. Kami mahu menghalang ia daripada berlaku," tegas beliau.




Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan sisipan Aku Janji BN Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Ketua Pemuda BN yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin serta calon-calon BN negeri yang akan bertanding pada PRU-13.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangan beliau dengan keadaan negara sekiranya kelak rakyat tersalah pilih.

''Elok juga kita berikan maklumat itu kepada rakyat biasa dan pengundi yang tidak tahu realiti politik sebenar sekarang.

''Jadi kita berikan amaran awal supaya jangan tersilap pilih. Kita bukan hanya kata Barisan Nasional (BN) adalah yang baik sahaja tetapi hendaklah diberitahu kesan buruknya jika tersilap pilih kerana pembangkang tidak pernah bermuafakat," katanya.

Mengulas slogan 'Ubah' yang dibawa pembangkang, Muhyiddin berkata, motif politik pembangkang sememangnya tidak senang melihat kejayaan dan pembaharuan yang dibawa oleh BN memandangkan sokongan rakyat kian bertambah menjelang tarikh mengundi tidak lama lagi.


''Bila keadaan sudah berada di landasan yang kukuh, kenapa hendak ada satu perubahan besar yang boleh menyebabkan kita tergelincir daripada mencapai sasaran.

''Saya berikan contoh bahawa dasar transformasi itu seperti landasan, di mana di atas landasan itu ada lokomotif atau kereta api laju yang dipandu oleh Perdana Menteri. Kita tahu arah mana yang hendak dituju pada tahun 2020,'' katanya.

Beliau berkata, dengan meletakkan negara di landasan yang betul, tiada sebab mengapa rakyat perlu menukar Perdana Menteri sedia ada.

''Pemandunya sudah cukup baik dan boleh membawa kita mencapai sebuah negara maju," kata Muhyiddin.



Read more ►

Tuesday, 23 April 2013

PRU13 Solat Maghrib Bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi Taman Marida di Masjid Marida, DUN Paroi

0 comments


Walaupun sibuk berkempen, tanggungjawab kepada ilahi tak pernah terlupa. Solat maghrib di Masjid Marida Taman Marida, DUN Paroi bersama ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penduduk di Taman Marinda datang awal supaya sempat bersembahyang bersama khairy dan Mantan Perdana Menteri.

Menyambut kedatangan ayahanda Tun Abdullah Badawi

Memasuki masjid untuk meneruskan solat maghrib

Read more ►

PRU13 Kempen Dari Rumah Ke Rumah Di Taman Desa Melor, DUN Paroi

0 comments


Kempen dari rumah ke rumah bermula jam 10 pagi di Taman Desa Melor, DUN Paroi.


Seterusnya bersambung di Taman Tuanku Jaafar, DUN Paroi. Dijadualkan kempen hari ini berakhir hingga ke lewat malam.


 Squad Sayang Wanita N9 menerangkan sesuatu kepada Khairy dan Mohd Ghazali tentang kanak OKU


                                  Khairy gembira bertemu dengan warga Taman Melor, Dun Paroi


Read more ►

PRU13 Program Ceramah Santai Di Rembau

0 comments

Program ceramah kempen dan santai bersama penduduk di Flat Senawang Jaya 1, DUN Paroi jelas dilhat sebagai tranformasi politik baru... Secara hakikatnya, ini merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat dan membolehkan mereka berhubung tanpa had.




Read more ►
 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger