Sunday, 28 April 2013

#PRU13 Perjalanan Kempen BN Negeri Sembilan Amat Positif

0 comments

REMBAU - Penerimaan pengundi dan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di negeri ini selepas melepasi separuh daripada tempoh 15 hari berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat positif dan baik.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, maklum balas positif itu diterima dalam program kempen yang dibuat calon BN, jentera parti serta pusat daerah mengundi (PDM) di kawasan masing-masing sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu.

''Saya gembira melihat keadaan yang positif ini dan sambutan rakyat terhadap BN begitu tinggi. Kita telah menyusun semua aktiviti kempen dan ia telah dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya selepas menutup Konvensyen Combi peringkat negeri di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris.

Kata Mohamad, suasana penolakan calon pada hari pengumuman tempoh hari juga telah diselesaikan dengan baik, malah mereka telah kembali bersama-sama membantu kempen calon BN atas dasar mengutamakan parti dan memastikan kemenangan BN pada PRU-13 ini.

Mengenai isu yang dibawa pembangkang, Mohamad berkata, kempen mereka tidak mendapat perhatian pengundi kerana isu yang dibawa sudah lapuk, malah semuanya telah dijawab oleh kerajaan BN sebelum ini.

''Pengundi sudah muak dan bosan dengan isu yang dibawa. Di negeri ini tiada isu besar kerana apa yang dibangkitkan sudah pun diselesaikan," kata Mohamad.

Menjawab soalan berkaitan ideologi pembangkang, Mohamad berkata, jelas tiada kesepakatan dan keberanian dalam ketiga-tiga parti tersebut.

''Mereka bercelaru dan tidak pernah bersatu. Untuk bertanding pun, mereka tidak berani menggunakan satu logo. Kalau betul berani, cubalah letakkan semua logo Pas di Kuala Lumpur atau semua logo DAP di Kelantan," katanya.

Berkaitan slogan pembangkang 'Ubah', Mohamad berkata, jangan diikutkan desakan pembangkang kerana mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mahu diubah dan adalah lebih baik, menyokong BN yang jelas telah membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara ini.
Read more ►

Saturday, 27 April 2013

PRU13 Muhyiddin Solat Jumaat Bersama 3,000 Jemaah Di Seremban

1 comments

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Taman Tuanku Ja'afar dekat sini.

Turut bersama Muhyiddin ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid.



Solat Jumaat itu dipimpinkan Imam Masjid Tuanku Ja'afar Madah Ilong sementara khutbah Jumaat disampaikan oleh anggota Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Datuk Sheikh Mohamad Fuad Kamaludin Al-Maliki.

Selesai menunaikan solat, Muhyiddin bersama pemimpin lain menyertai kariah masjid dan jemaah untuk jamuan makan tengah hari yang diadakan di perkarangan masjid itu.

Semasa berucap pada majlis jamuan itu, timbalan perdana menteri berkata rakyat Malaysia perlu sentiasa bersyukur kerana situasi negara yang kekal aman dan perpaduan masyarakat yang semakin erat.

Katanya kerajaan BN hari ini diketuai pimpinan yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang disegani dan dihormati oleh masyarakat dunia.

Ini terbukti dalam tempoh empat tahun di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pelbagai program transformasi diperkenalkan berkaitan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang telah memberi perubahan besar terhadap negara, kata Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional.

"Dalam waktu di mana kita berhadapan dengan pilihan raya yang menentukan nasib masa depan negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang, marilah kita berganding bahu bersama-sama mendukung cita-cita kita bersama menerusi pimpinan yang sedia ada.

"Ia bukan sahaja untuk terus memajukan dan membina umat Islam supaya lebih berjaya tetapi mempertahan akidah, mempertahan segala apa yang telah pun kita bina bersama-sama," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata sokongan dan dukungan rakyat itu juga amat perlu dalam mengukuhkan kedudukan Islam supaya tidak ada pihak yang boleh mencabar dan membawa idealogi, budaya atau pemikiran yang bertentangan dengan akidah.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja separuh hari di negeri ini berlepas pulang ke ibu negara sejurus selepas majlis itu.
Read more ►

Friday, 26 April 2013

PRU13 - Pelancaran Manifesto Sisipan BN Negeri Sembilan oleh YAB TPM di Dewan Orang Ramai Kg. Sendayan, DUN Rantau, Rembau

0 comments
SEREMBAN 26 April - Pertembungan ideologi pembangkang kini berada pada tahap serius dan amat berbahaya jika dibenarkan mentadbir negara kelak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara itu adalah realiti yang wajar dimaklumkan kepada rakyat supaya jangan tersilap mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

''Mungkin pembangkang akan pertahankan dan kata mereka amat sepakat. Itu kata mereka dan sebenarnya pertembungan ideologi sesama mereka begitu serius, malah banyak saranan satu pihak yang tidak didukung oleh pihak lain.

''Saya lihat itu adalah bahaya. Bukan kenyataan saya ini untuk menakut-nakutkan pengundi kerana itu adalah realiti yang boleh berlaku. Kami mahu menghalang ia daripada berlaku," tegas beliau.




Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan sisipan Aku Janji BN Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Sendayan, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Ketua Pemuda BN yang juga calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin serta calon-calon BN negeri yang akan bertanding pada PRU-13.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangan beliau dengan keadaan negara sekiranya kelak rakyat tersalah pilih.

''Elok juga kita berikan maklumat itu kepada rakyat biasa dan pengundi yang tidak tahu realiti politik sebenar sekarang.

''Jadi kita berikan amaran awal supaya jangan tersilap pilih. Kita bukan hanya kata Barisan Nasional (BN) adalah yang baik sahaja tetapi hendaklah diberitahu kesan buruknya jika tersilap pilih kerana pembangkang tidak pernah bermuafakat," katanya.

Mengulas slogan 'Ubah' yang dibawa pembangkang, Muhyiddin berkata, motif politik pembangkang sememangnya tidak senang melihat kejayaan dan pembaharuan yang dibawa oleh BN memandangkan sokongan rakyat kian bertambah menjelang tarikh mengundi tidak lama lagi.


''Bila keadaan sudah berada di landasan yang kukuh, kenapa hendak ada satu perubahan besar yang boleh menyebabkan kita tergelincir daripada mencapai sasaran.

''Saya berikan contoh bahawa dasar transformasi itu seperti landasan, di mana di atas landasan itu ada lokomotif atau kereta api laju yang dipandu oleh Perdana Menteri. Kita tahu arah mana yang hendak dituju pada tahun 2020,'' katanya.

Beliau berkata, dengan meletakkan negara di landasan yang betul, tiada sebab mengapa rakyat perlu menukar Perdana Menteri sedia ada.

''Pemandunya sudah cukup baik dan boleh membawa kita mencapai sebuah negara maju," kata Muhyiddin.



Read more ►

Tuesday, 23 April 2013

PRU13 Solat Maghrib Bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi Taman Marida di Masjid Marida, DUN Paroi

0 comments


Walaupun sibuk berkempen, tanggungjawab kepada ilahi tak pernah terlupa. Solat maghrib di Masjid Marida Taman Marida, DUN Paroi bersama ayahanda Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penduduk di Taman Marinda datang awal supaya sempat bersembahyang bersama khairy dan Mantan Perdana Menteri.

Menyambut kedatangan ayahanda Tun Abdullah Badawi

Memasuki masjid untuk meneruskan solat maghrib

Read more ►

PRU13 Kempen Dari Rumah Ke Rumah Di Taman Desa Melor, DUN Paroi

0 comments


Kempen dari rumah ke rumah bermula jam 10 pagi di Taman Desa Melor, DUN Paroi.


Seterusnya bersambung di Taman Tuanku Jaafar, DUN Paroi. Dijadualkan kempen hari ini berakhir hingga ke lewat malam.


 Squad Sayang Wanita N9 menerangkan sesuatu kepada Khairy dan Mohd Ghazali tentang kanak OKU


                                  Khairy gembira bertemu dengan warga Taman Melor, Dun Paroi


Read more ►

PRU13 Program Ceramah Santai Di Rembau

0 comments

Program ceramah kempen dan santai bersama penduduk di Flat Senawang Jaya 1, DUN Paroi jelas dilhat sebagai tranformasi politik baru... Secara hakikatnya, ini merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat dan membolehkan mereka berhubung tanpa had.




Read more ►

Monday, 22 April 2013

PRU13 BN Sentiasa Menjaga Kesejahteraan Rakyat

0 comments
Khairy bergambar bersama penduduk diTaman Widuri Indah Paroi Hadir sama Calon BN DUN PAROI

Menurut Khairy  ketelusan kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan BR1M bagi meringankan beban rakyat malaysia. Prinsip 'Rakyat didahulukan percapaian diutamakan' yang Barisan Nasional amalkan demi menjaga kesejahteraan rakyat malaysia


Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Calon BN P131 Rembau Khairy bertanyakan khabar dan bergambar bersama Uncle Ramasamy diTaman Widuri Indah Paroi

Read more ►

PRU13 Khairy Berkempen Redah Ke Rumah Pembangkang

0 comments
Khairy meneruskan kempen rumah ke rumah di Taman Tasik Jaya bagi mengenalkan diri bagi calon parlimen rembau.

Tiada siapa sangka Khairy  juga turut singgah ke rumah pro pembangkang bagi menerangkan aku janji Barisan Nasional supaya mereka faham.

Kempen rumah walkabout ini memberi peluang kepada Khairy mengenal undi di rembau lebih dekat dan dengar keluahan mereka hadapi. Pendekatan ini didapati lebih berkesan berbanding perhimpunan besar-besaran.



Calon Barisan Nasional P131 Khairy Jamaluddin dan Calon Barison Nasional Dun Paroi berjumpa penduduk di Taman Tasik Jaya

Read more ►

PRU13 Khairy Kempen Dari Rumah ke Rumah di Taman Desa Ixora, DUN Paroi

0 comments

Seawal jam 9 pagi, Khairy Jamaluddin meneruskan berkempen hari ketiganya di PDM Taman Desa Ixora Dun Paroi, Parlimen Rembau.


Khairy Hadir ke Bilik Gerakan Taman Desa Ixora berjumpa Jentera sebelum memulakan kempen bersama Squad Sayang.




Berjumpa penduduk di Taman Desa Ixora -Rumah ke rumah bersama Squad Sayang.


Berjumpa abg osman dan isteri bertanyakan khabar dirumahnya Taman Desa Ixora Paroi


Calon Barisan Nasional P131 Rembau Khairy berjumpa orang muda diTaman Desa Ixora Paroi Rembau.
Read more ►

PRU13 Sokongan Rakyat Kepada BN di Parlimen Rembau Semakin Meningkat

0 comments

Rantau - Khairy Jamaluddin penyandang ahli parlimen P131 Rembau bertanding di PRU13 bagi mengekalkan jawatannya sebagai ahli Parlimen Rembau buat kali ke-2.

Beliau di dalam siri kempen memenangi hati rakyat (pengundi) agar kekal mengundi parti BN di PRU ini.

Beliau hadir mengiringi Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, di majlis bersama pemimpin di Rumah Rakyat Sri Lalang, malam tadi bagi bertemu pengundi-pengundi di PDM Sri Lalang yang juga merupakan kubu kuat BN di beberapa PRU sebelumnya.

Beliau bakal menentang dua calon lawan yang mewakili PKR, Saudara Radzali A. Ghani, seorang lagi calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Katanya di dalam ucapan, sepanjang tempoh kempen selama dua hari ini meyaksikan kembalinya sokongan masyarakat kepada parti BN berbeza dengan apa yang berlaku di tahun 2008.

Sebelah petang di Ladang Kombok dan Taman Permata juga begitu, tahun 2008, suasananya agak suram dan lenggang kerana tidak ramai ke ceramah BN, tetapi setelah semua sedar dan dengan kehadiran hari ini menunjukkan parti BN telah pulih.

“2013, telah berubah, rakyat telah kembali kepada BN. Saya yakin dan percaya bahawa Sri Lalang ini merupakan kubu kuat BN.” katanya.

Sambung beliau lagi, kekuatan ini dan undi kita kelak yang paling utamanya ialah, pertama, memilih wakil rakyat di kalangan ahli parlimen untuk kita mengekalkan perdana menteri kita, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Keduanya pula, memilih wakil rakyat Rantau, bukan sahaja wakil rakyat untuk rakyat Rantau, tetapi sekaligus mengekalkan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.”

Kontrak yang diberi oleh rakyat ini penting, penting kerana memastikan hidup mati dan halatuju negara di masa akan datang.

Ujar beliau, “2008, kita tidak sangka akan tewas di 5 buah negeri. Malah, pembangkang juga begitu. Namun dengan perancangan dan tahap keyakinan yang tinggi parti lawan untuk memenangi PRU kali ini, mereka telah menghantar perwira mereka untuk bertanding di negeri asal. Lim Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah.

Begitu juga Salahuddin Ayub yang selama ini bertanding di Kelantan umum bertanding di negeri asal, Johor di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Sementara Husam pula kekal bertanding di DUN Salor, tetapi menawarkan diri menentang Tunku Adnan Tunku Mansor, di Putrajaya di dalam misi menawan Putrajaya.

Ujar Khairy Jamaluddin, mereka penuh yakin mereka akan menang PRU kali ini, akan ke Putajaya pada 06 Mei ini, mereka mengira berapa BN akan kalah.”

Tegas beliau lagi, “pastikan PRU kali ini, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, dengan syarat undi ahli parlimen Rembau, calon P131 Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.”

Turut hadir, isteri beliau Pn Nori Tun Abdullah Ahmad Badawi, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan.
Read more ►

Sunday, 21 April 2013

PRU13 Majlis Mesra Rakyat di Perumahan Taman Permata, DUN Paroi

0 comments
Kehadiran ribuan di Taman Seri Permata, masyarakat pelbagai lapisan terutama India memberi petanda sokongan padu kaum tersebut kepada Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Khairy.

Khairy menyatakan, beliau tidak setuju dengan tindakan Pakatan Rakyat yang merobohkan kuil semasa 2008 di Selangor. Khairy menegaskan rumah ibadat masyarakat India harus dihormati.

Berhubung isu pendidikan, Khairy memberitahu bahawa kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memartabatkan pendidikan negeri yang merangkumi semua kaum. Kajian menunjukkan SPM Negeri Sembilan tempat ke-2, PMR dan UPSR tempat ke-3 di peringkat negeri.

 
Warga Taman Seri Permata terpekun dengan ucapan khairy yang bertenaga


                                          Berdiri menyanyikan lagu kebangsaan 'Negaraku'
Read more ►

PRU13 Isu Hospital: Jangan Mudah Terpedaya Dengan Dakyah Pembangkang

0 comments
Masyarakat Ladang Kombok hari ini menyambut dengan gembira kedatangan Khairy Jamaluddin dan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang tiba di Majlis Mesra Rakyat PDM Kombok berhadapan SJKT Ladang Kombok, DUN Paroi.


                                                 Masyarakat Ladang Kombok yang hadir
Didalam ucapan Khairy,beliau mengingatkan rakyat PDM Kombok supaya rakyat jangan mudah terpedaya dengan pembangkang yang datang dengan janji-janji kosong serta memberikan gambaran buruk mengenai kerajaan agar rakyat membenci kerajaan sedia ada.

Khairy  memberi penjelasan tentang isu hospital di rembau yang dimainkan pembangkang. Projek Hospital Rembau sebenarnya tidak terbengkalai seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, sebaliknya tender sudah dikeluarkan untuk pembinaan bangunan berkenaan.

Pembinaan fizikal hospital itu bermula dalam tempoh tiga tahun selepas proses penutu-pan tender projek berkenaan 18 April 2013.



                  Khairy dikalungkan dengan bunga malai daripada wakil penduduk ladang Kombok

Khairy dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengibarkan panji Barisan Nasional bersama penduduk Kombok
Read more ►

PRU13 Orang Ramai Teruja Temui Khairy Di Pasaraya Gaint Senawang

0 comments

Selepas menghadiri beberapa program di sekitar DUN Paroi, Khairy Jamaluddin membuat kejutan di pasaraya Gaint, Senawang.

Kesempatan ini diambil oleh Khairy dan isterinya Puan Nori untuk beramah mesra dengan orang ramai yang berkungjung di pasaraya tersebut.

Rata-rata orang ramai berasa terkejut dan teruja apabila menyedari kehadiran seorang pemimpin di Pasaraya Gaint. Dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Khairy.

Inilah contoh pemimpin yang harus kita sokong... Sempoi!

Read more ►

PRU13 Khairy Pemimpin Berjiwa Rakyat

0 comments

Keikhlasan dilihat apabila kehadiran seorang pemimpin mesra rakyat, Khairy Jamaluddin menghadiri majlis akikah & cukur jambul (Khaira Musfira) di rumah saudara Khairul Muzamil .


Kehadiran Khairy disambut baik penduduk Kg Paroi, malah keluarga Muzamil berasa amat terharu dan berterima kasih dengan kedatangan Khairy ke majlis tersebut.

Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang memegang amanah yang diberikan oleh rakyat.
Read more ►

PRU13 Khairy Dekati Pengundi Muda Di Taman Pinggiran Senawang

0 comments

Calon Barisan Nasional P131 Rembau bersama penduduk diTaman Pinggiran Senawang Rembau

Destinasi seterusnya, Khairy Jamaluddin berada di Taman Pinggiran Senawang. Usaha mendekati pengundi muda terus diperhebatkan oleh calon Barisan Nasional (BN) P131 bagi kawasan Parlimen Rembau menerusi Program Sepak Mula Kejohanan Futsal di Taman Pinggiran Senawang, DUN Paroi.

      KJ menunjukkan kemahiran bermain bolasepak di Karnival Futsal Tmn Pinggiran Senawang

KJ turut melawat ke Gerai Pameran Klinik Kesihatan Pergigian di Taman Pinggiran Senawang Paroi Rembau dan mencuba masakan penduduk.

KJ menerima "hadiah istimewa"sebatang berus gigi daripada wakil klinik pergigian.


Bersama kanak kanak di pameran klinik pergigian di Taman Pinggiran Senawang

                              KJ mencuba masakan penduduk Taman Pinggiran Senawang
Read more ►

PRU13 Khairy Disenangi Penduduk

0 comments

Calon Barisan Nasional Parlimen Rembau P131 Khairy Jamaluddin hari ini memulakan lawatan pertamanya di Aparment Seroja dan Kasturi di Senawang, DUN Paroi.  Khairy tiba di kawasan tersebut lebih kurang jam 8 pagi.

Setiap kali Khairy 'turun padang' di sekitar Parlimen Rembau, penduduk pasti memberi sambutan cukup meriah untuk beliau.

Ini adalah kerana beliau pemimpin yang begitu disenangi penduduk setempat kerana sifatnya yang rendah diri serta mesra rakyat dan amat memahami keperluan masyarakat.


Khairy bersama Mohd. Ghazali Wahid, calon Dun Paroi hadir ke Hari Keluarga Warga Apartmen Seroja dan Kasturi Senawang Paroi Rembau


Disambut orang muda di Kg Sentosa Jaya - berjumpa PBVTM


Khairy beramah mesra dengan En Ali AJK Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Kg Seri Sentosa
Read more ►

PRU13 Penutup Hari Pertama Berkempen

0 comments

Sebelum menutup hari pertama berkempen, calon P131 Rembau, Khairy Jamaluddin singgah di Taman Desa Permai Kundur untuk bertemu penduduk di kawasan tersebut. Berkempen demi rakyat Rembau bagi menerangkan manifesto Barisan Nasional agar rakyat tidak terpengaruh dengan sandiwara yang dibawa oleh pembangkang yang selalu menabur janji.


Destinasi terakhir adalah di PDM Pilin, dianggarkan sekitar 300 hadirin sedia menanti calon P131 Rembau Khairy Jamaluddin di PDM Pilin, Dun Chembong.

Sokongan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat dihargai oleh Khairy. Beliau bersedia untuk meneruskan khidmatnya untuk terus membantu rakyat di Parlimen Rembau.
Read more ►

Saturday, 20 April 2013

PRU13 KJ Santai Bersama Rakyat Rembau

0 comments
                             Santai di Kampung Pulau Besar bersama penduduk tempatan 



             Bergambar bersama anak anak penduduk diKampung Pulau Besar Kota Rembau
Read more ►

PRU13 Rakyat Perlu Bijak Memilih Pemimpin Di Rembau

1 comments

Program Santai Bersama Pemimpin (PDM Kg. Pulau Mampat) di Kg. Pulau Besar, DUN Kota, adalah program yang di nanti-nanti oleh rakyat dimana warga PDM Kg. Pulau Mampat begitu teruja dengan kehadiran saudara Khairy. inilah pemimpin yg dihormati kerana setiap masalah penduduk dirasai bagi menringankan beban rakyat. Cukuplah dengan layanan mesra PDM Kg. Pulau Mampat yang diberikan kepada saudara Khairy menandakan mereka menyayangi calon rembau P131.


                                   Saudara khairy menunaikan solat sebelum program seterusnya

Tak lekang dek kata, saudara Khairy tetap mengingatkan rakyat supaya membuat plihan yang bijak dalam PRU 13 demi kesejerahtraan negara. Pilihlah kerajaan yang menepati janji dan berkhidmat untuk masyarakat.

                                        khairy memberi ucapan di PDM Kg. Pulau Mampat

Read more ►
 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger