Saturday 20 April 2013

PRU13 Jangan Mudah Terpedaya Dengan Janji Pakatan Rakyat



Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini turut bersama Datuk Seri Mohamad Hassan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Batu, Kota, Rembau.
Tiada istilah erti penat, kedua- dua pemimpin terus berkempen secara berhemah bagi menerangkan aku janji BN secara terperinci kepada rakyat.

Kehadiran yang amat memberangsangkan membuktikan sokongan dari penduduk kampung Batu kepada wakil calon BN bagi memastikan kemenangan kepada BN.



Didalam ucapan Khairy, beliau meminta supaya rakyat jangan mudah terperdaya dengan manifesto pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji manis. Antaranya ialah janji wifi percuma, ini kerana pembangkang tidak mengambil kira mekanisma untuk melaksanakannya, berbeza dengan BN yang akan membantu golongan susah untuk menerima komputer riba seperti yang terkandung didalam ‘AkuJanji” BN.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger