Sunday, 21 April 2013

PRU13 Orang Ramai Teruja Temui Khairy Di Pasaraya Gaint Senawang

0 comments

Selepas menghadiri beberapa program di sekitar DUN Paroi, Khairy Jamaluddin membuat kejutan di pasaraya Gaint, Senawang.

Kesempatan ini diambil oleh Khairy dan isterinya Puan Nori untuk beramah mesra dengan orang ramai yang berkungjung di pasaraya tersebut.

Rata-rata orang ramai berasa terkejut dan teruja apabila menyedari kehadiran seorang pemimpin di Pasaraya Gaint. Dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan Khairy.

Inilah contoh pemimpin yang harus kita sokong... Sempoi!

Read more ►

PRU13 Khairy Pemimpin Berjiwa Rakyat

0 comments

Keikhlasan dilihat apabila kehadiran seorang pemimpin mesra rakyat, Khairy Jamaluddin menghadiri majlis akikah & cukur jambul (Khaira Musfira) di rumah saudara Khairul Muzamil .


Kehadiran Khairy disambut baik penduduk Kg Paroi, malah keluarga Muzamil berasa amat terharu dan berterima kasih dengan kedatangan Khairy ke majlis tersebut.

Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang memegang amanah yang diberikan oleh rakyat.
Read more ►

PRU13 Khairy Dekati Pengundi Muda Di Taman Pinggiran Senawang

0 comments

Calon Barisan Nasional P131 Rembau bersama penduduk diTaman Pinggiran Senawang Rembau

Destinasi seterusnya, Khairy Jamaluddin berada di Taman Pinggiran Senawang. Usaha mendekati pengundi muda terus diperhebatkan oleh calon Barisan Nasional (BN) P131 bagi kawasan Parlimen Rembau menerusi Program Sepak Mula Kejohanan Futsal di Taman Pinggiran Senawang, DUN Paroi.

      KJ menunjukkan kemahiran bermain bolasepak di Karnival Futsal Tmn Pinggiran Senawang

KJ turut melawat ke Gerai Pameran Klinik Kesihatan Pergigian di Taman Pinggiran Senawang Paroi Rembau dan mencuba masakan penduduk.

KJ menerima "hadiah istimewa"sebatang berus gigi daripada wakil klinik pergigian.


Bersama kanak kanak di pameran klinik pergigian di Taman Pinggiran Senawang

                              KJ mencuba masakan penduduk Taman Pinggiran Senawang
Read more ►

PRU13 Khairy Disenangi Penduduk

0 comments

Calon Barisan Nasional Parlimen Rembau P131 Khairy Jamaluddin hari ini memulakan lawatan pertamanya di Aparment Seroja dan Kasturi di Senawang, DUN Paroi.  Khairy tiba di kawasan tersebut lebih kurang jam 8 pagi.

Setiap kali Khairy 'turun padang' di sekitar Parlimen Rembau, penduduk pasti memberi sambutan cukup meriah untuk beliau.

Ini adalah kerana beliau pemimpin yang begitu disenangi penduduk setempat kerana sifatnya yang rendah diri serta mesra rakyat dan amat memahami keperluan masyarakat.


Khairy bersama Mohd. Ghazali Wahid, calon Dun Paroi hadir ke Hari Keluarga Warga Apartmen Seroja dan Kasturi Senawang Paroi Rembau


Disambut orang muda di Kg Sentosa Jaya - berjumpa PBVTM


Khairy beramah mesra dengan En Ali AJK Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Kg Seri Sentosa
Read more ►

PRU13 Penutup Hari Pertama Berkempen

0 comments

Sebelum menutup hari pertama berkempen, calon P131 Rembau, Khairy Jamaluddin singgah di Taman Desa Permai Kundur untuk bertemu penduduk di kawasan tersebut. Berkempen demi rakyat Rembau bagi menerangkan manifesto Barisan Nasional agar rakyat tidak terpengaruh dengan sandiwara yang dibawa oleh pembangkang yang selalu menabur janji.


Destinasi terakhir adalah di PDM Pilin, dianggarkan sekitar 300 hadirin sedia menanti calon P131 Rembau Khairy Jamaluddin di PDM Pilin, Dun Chembong.

Sokongan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat dihargai oleh Khairy. Beliau bersedia untuk meneruskan khidmatnya untuk terus membantu rakyat di Parlimen Rembau.
Read more ►

Saturday, 20 April 2013

PRU13 KJ Santai Bersama Rakyat Rembau

0 comments
                             Santai di Kampung Pulau Besar bersama penduduk tempatan 



             Bergambar bersama anak anak penduduk diKampung Pulau Besar Kota Rembau
Read more ►

PRU13 Rakyat Perlu Bijak Memilih Pemimpin Di Rembau

1 comments

Program Santai Bersama Pemimpin (PDM Kg. Pulau Mampat) di Kg. Pulau Besar, DUN Kota, adalah program yang di nanti-nanti oleh rakyat dimana warga PDM Kg. Pulau Mampat begitu teruja dengan kehadiran saudara Khairy. inilah pemimpin yg dihormati kerana setiap masalah penduduk dirasai bagi menringankan beban rakyat. Cukuplah dengan layanan mesra PDM Kg. Pulau Mampat yang diberikan kepada saudara Khairy menandakan mereka menyayangi calon rembau P131.


                                   Saudara khairy menunaikan solat sebelum program seterusnya

Tak lekang dek kata, saudara Khairy tetap mengingatkan rakyat supaya membuat plihan yang bijak dalam PRU 13 demi kesejerahtraan negara. Pilihlah kerajaan yang menepati janji dan berkhidmat untuk masyarakat.

                                        khairy memberi ucapan di PDM Kg. Pulau Mampat

Read more ►
 

Copyright © P131 REMBAU Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger